top of page

Denmark Jadi Medan Persiapan Pemain Perseorangan Negara

  • farlisaramly
  • Jul 29, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Skuad perseorangan badminton negara akan menjalani kem latihan prakejohanan di Denmark dari 18 hingga 22 Ogos ini sebagai persiapan akhir menjelang Kejohanan Dunia 2025 di Paris.


Leong Jun Hao dan K Letshanaa menjadi sandaran negara, manakala Justin Hoh turut disenaraikan sebagai rakan sepelatih.


Program latihan ini bertujuan memantapkan permainan, menyesuaikan diri dengan cuaca serta zon masa, dan memberi peluang berlatih bersama pemain bertaraf tinggi.


Menurut Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Kenneth Jonassen, latihan akan diadakan di Pusat Latihan Kebangsaan Denmark, Copenhagen.


Beliau menyifatkan peluang ini sebagai strategi penting dalam proses adaptasi menjelang kejohanan yang berlangsung dari 25 Ogos hingga 1 September.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page