CP Dato’ Fadil Marsus Harumkan Nama Tawau di Peringkat Tertinggi PDRM
- farlisaramly
- Jul 19, 2025
- 1 min read

Dato' Fadil Marsus, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur (memangku pangkat Komisioner Polis) berkuat kuasa 18 Ogos 2025.
Rombakan ini melibatkan 23 pegawai kanan PDRM, termasuk 5 pegawai dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Ketua Polis Negeri.
Beliau pernah memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Tawau pada 1 Disember 2015 selama tiga tahun empat bulan sebelum dilantik sebagai antara pegawai tinggi di Bukit Aman.
Seluruh warga Tawau berbangga dengan pencapaian CP Dato’ Fadil Marsus. Pelantikan ini membuktikan keupayaan anak jati Tawau di peringkat tertinggi dalam pasukan keselamatan negara.




Comments