Cabaran perseorangan lelaki negara di Terbuka India berakhir
- latifah ariffin
- Jan 14
- 1 min read

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki di Terbuka India berakhir selepas dua lagi wakil negara, Justin Hoh dan Leong Jun Hao, tersingkir di pusingan pertama, hari ini.
Justin yang menghuni ranking ke-39 dunia terpaksa akur dengan kekalahan straight set 17-21, 15-21 kepada pemain China yang berada di ranking ke-15 dunia, Lu Guang Zu, dalam aksi yang berlangsung selama 42 minit di Kompleks Sukan Indira Gandhi.
Pemain muda negara itu sebenarnya bermula dengan baik apabila mendahului 14-10 pada set pertama dan dilihat berada di landasan tepat untuk menamatkan set berkenaan.
Namun, pengalaman Guang Zu jelas menjadi pemisah apabila pemain China itu bangkit mengejar mata sebelum merampas kemenangan set pertama 21-17.




Comments