Beberapa kawasan di Hulu Langat dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan
- latifah ariffin
- Dec 4, 2025
- 1 min read

HULU LANGAT - Beberapa kawasan di Hulu Langat, Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak lewat malam Ahad, menyebabkan laluan utama dan kediaman penduduk terjejas.
Menurut penduduk tempatan, paras air mula naik dari Sungai Langat sekitar jam 4.30 pagi, menyebabkan jalan besar di kawasan tersebut dinaiki air dalam tempoh singkat.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Batu 16, Batu 18, Kampung Sungai Lui dan Sungai Pangsun.
Beberapa rumah berhampiran jalan utama dimasuki air, manakala sebahagian kenderaan yang diparkir turut tenggelam.




Comments