top of page

Bas Terjunam ke Gaung di Sri Lanka, 15 Nyawa Terkorban

  • farlisaramly
  • Sep 5, 2025
  • 1 min read
Sebuah bas yang membawa pelancong tempatan melawat bandar-bandar ladang teh di kawasan tanah tinggi terjunam hampir 300 meter, menyebabkan 15 orang maut. - Foto AFP
Sebuah bas yang membawa pelancong tempatan melawat bandar-bandar ladang teh di kawasan tanah tinggi terjunam hampir 300 meter, menyebabkan 15 orang maut. - Foto AFP

COLOMBO, 5 Sept – Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban selepas sebuah bas terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 300 meter di kawasan pergunungan Ella, kira-kira 130 kilometer dari timur Sri Lanka, malam tadi.


Menurut pihak polis, kejadian tragis itu turut menyebabkan 16 penumpang lain cedera, dengan beberapa daripada mereka dilaporkan dalam keadaan serius.


Siasatan awal mendapati bas yang membawa pelancong domestik itu dalam perjalanan pulang dari kawasan tanah tinggi selepas bercuti, sebelum terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah kenderaan lain. Perlanggaran tersebut menyebabkan bas merempuh penghadang jalan lalu terhumban ke dalam gaung yang curam.


Insiden tersebut menjadikan ia antara kemalangan bas paling buruk di Sri Lanka sejak Mei lalu, yang menyaksikan 23 penumpang terkorban dalam nahas di Kotmale.


Jalan-jalan berbukit dan berliku di kawasan pergunungan Sri Lanka sering kali dianggap antara laluan paling berbahaya di dunia. Negara itu yang mempunyai populasi lebih 22 juta orang merekodkan purata sekitar 3,000 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun.


Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung punca sebenar kemalangan, sementara mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital berhampiran.

AFP

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page