Banjir di lima negeri semakin pulih
- latifah ariffin
- Dec 2, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Terengganu, Selangor, Kelantan, Perak dan Pahang menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 malam pada Isnin.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 287 orang daripada 102 keluarga berbanding 511 orang daripada 178 keluarga, petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan 245 mangsa daripada 92 keluarga masih berlindung dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol dan SK Rengas Bekah, manakala 42 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di SK Paya Resak, Marang.
Di SELANGOR, turut merekodkan penurunan kepada 1,918 orang daripada 543 keluarga berbanding 2,224 orang daripada 613 keluarga, petang Isnin.




Comments