top of page

“Bangkit Bukan Pilihan, Tapi Keutamaan. Saya Akan Kembali Lebih Kuat!” – Lee Zii Jia

  • farlisaramly
  • Aug 25, 2025
  • 1 min read
sumber internet
sumber internet

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2025 – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, meminta para peminat agar terus bersabar dan memberi masa untuknya kembali ke prestasi terbaik, selepas mengharungi tempoh sukar akibat kecederaan.


Kemunculan semula pemain berusia 27 tahun itu di pentas kompetitif selepas lima bulan berehat akibat kecederaan buku lali berakhir dengan kekecewaan, apabila beliau tersingkir di pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia di Adidas Arena, Paris. Zii Jia tewas kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin, 17-21, 11-21 dalam masa 41 minit.


Kekalahan itu merupakan pencapaian terburuknya dalam lima penyertaan di Kejohanan Dunia, selepas pernah mara ke suku akhir pada 2019 dan 2021 serta ke pusingan ke-16 pada 2022 dan 2023.

“Saya gembira dapat melengkapkan perlawanan pertama tanpa sebarang kesakitan. Itu yang paling penting buat saya,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Beliau turut menjelaskan bahawa proses pemulihan selama lima bulan itu bukanlah mudah, malah menyifatkan ia sebagai pengalaman paling mencabar dalam kariernya.

“Saya agak terdesak untuk kembali, tetapi kecederaan pulih dengan perlahan. Proses pemulihan sangat membosankan, namun saya bersyukur masih dapat berada di sini hari ini,” jelasnya.

Zii Jia sebelum ini sempat beraksi di Masters Orleans dan All England pada Mac, namun kecederaannya kembali berulang, memaksanya menarik diri daripada tiga kejohanan utama – Terbuka AS, Jepun dan China.


Mengulas mengenai prestasi semasa, beliau memberi dirinya markah 5 daripada 10, khususnya dari aspek fizikal dan ketahanan, namun yakin mampu memperbaiki kekurangan tersebut.

“Saya harap peminat bersabar, bukan hanya untuk mereka, tetapi juga untuk diri saya sendiri. Saya yakin boleh kembali ke tahap terbaik seperti sebelum ini,” katanya penuh semangat.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page