Bali arah roboh lif kaca di tebing pantai selepas timbul pertikaian
- latifah ariffin
- Nov 24, 2025
- 1 min read

JAKARTA: Gabenor Bali mengarahkan perobohan sebuah lif kaca yang masih dalam pembinaan di tebing pantai paling terkenal di pulau itu, susulan bantahan awam selama beberapa minggu serta dapatan pelbagai pelanggaran alam sekitar dan pembinaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gabenor I Wayan Koster pada Ahad mengumumkan bahawa struktur setinggi 180 meter di pulau jiran Nusa Penida itu mesti dirobohkan dalam tempoh enam bulan selepas pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja pembinaan pada akhir Oktober berikutan ketiadaan permit dan disyaki melanggar peraturan perancangan. Kira-kira 70 peratus projek itu telah siap.
Lif berkenaan direka untuk membawa pelancong turun ke kawasan tinjau "T-Rex cliff" di Pantai Kelingking, yang tebingnya menyerupai kepala dinosaur. Ia bertujuan menawarkan laluan yang lebih selamat berbanding jalan curam yang sering mencederakan pengunjung. Namun rangka keluli putih itu menerima kecaman hebat, dengan banyak pihak berhujah bahawa ia merosakkan pemandangan ikonik kawasan berkenaan.




Comments