top of page

ASHELF 2025 bentuk ekosistem pendidikan tinggi secara kolektif

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 5, 2025
  • 1 min read

PUTRAJAYA: Forum Kepimpinan Pendidikan Tinggi ASEAN (ASHELF) 2025 menegaskan komitmen bersama negara anggota ASEAN untuk memperkukuh sistem pendidikan tinggi serantau yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan selaras aspirasi ASEAN Vision 2045.

Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Prof Dr Harshita Aini Haroon, berkata peserta forum yang membabitkan pemimpin universiti, politeknik, institusi penyelidikan dan agensi pendidikan tinggi dari seluruh rantau ASEAN sepakat memperkukuh peranan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi, inovasi dan kemanusiaan sejagat.

Menurut beliau, ASHELF 2025 menjadi wadah penting dalam memperkukuh kepimpinan kolektif serta membentuk ekosistem pendidikan tinggi ASEAN yang berpaksikan nilai, inovasi dan kemampanan.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page