top of page

ASEAN: PBB gesa negara luar henti bekal senjata ke Sudan

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Oct 28, 2025
  • 1 min read

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa rundingan segera bagi menamatkan pertempuran di Sudan selepas pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) menawan bandar El Fasher pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam satu kenyataan, jurucakap Guterres, Stephane Dujarric menggesa Angkatan Tentera Sudan dan RSF supaya segera menghubungi utusan khasnya ke Sudan, Ramtane Lamamra dan mengambil langkah pantas dan nyata ke arah penyelesaian melalui rundingan.

Beliau berkata ketua PBB itu "amat bimbang" dengan peningkatan pertempuran baru-baru ini dan mengecam pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dilaporkan.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page