top of page

3 banduan ditahan ugut bekas presiden Perancis Sarkozy

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Oct 23, 2025
  • 1 min read

Paris: Tiga banduan di Penjara La Sante, Paris ditahan polis berhubung dakwaan ugutan terhadap bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy selepas beliau mula menjalani hukuman penjara, lapor Agensi Berita Jerman dpa memetik laporan media tempatan.

Satu rakaman video yang tular di media sosial dilaporkan menunjukkan kata-kata hinaan dan ugutan dilemparkan terhadap Sarkozy sejurus beliau berada di penjara berkenaan, menurut beberapa stesen penyiaran Perancis yang memetik pejabat pendakwa raya awam.

Rakaman itu dipercayai dibuat oleh seorang daripada banduan.

Menurut laporan, pihak pendakwa raya membuka kertas siasatan berhubung ugutan bunuh dan satu operasi pemeriksaan turut dijalankan yang membawa kepada rampasan dua telefon bimbit.

  • Disyorkan


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page